12 Oct 2011

Red Mania - AWAYDAYS - Terengganu | 10 Oktober 2011




Red Mania - AWAYDAYS - Terengganu

Pada 10 Oktokber 2011, bersamaan hari Isnin lepas. Seramai 40 komrad "Geng Penggembara" Red Mania telah melanggar Stadium Kuala Terengganu bersama-sama puluhan ribu Kelantan Fans untuk memberi sokongan kepada The Red Warriors.

Jam 5 petang - Komrad berkomplot di Pasir Puteh dan terus bergerak ke Kuala Terengganu dengan penuh rasa kecintaan kepada Negeri tercinta iaitu KELANTAN.

Jam 7 malam Geng penggembara sampai di Stadium Kuala Terengganu. Di sambut oleh komrad Red Mania yang menetap disana, sebelum masuk ke dalam stadium, Capo memberi kata-kata untuk semua komrad dan mula berarak masuk ke dalam stadium tepat jam 8 malam. 

Didalam stadium kami tidak dapat mengantung banner dan mengibar panji kebanggaan kerana atas-atas sebab yang tidak dapat dielakkan, dengan stadium dibanjiri puluhan ribu penyokong setia kedua-dua belah pihak. Red Mania mula mencari tempat dibelakang curva. Dan kami juga dihalang oleh ACAB dari menggunakan drum. Drum je bai, bukan kereta kebal bai.

Selepas pengadil bangsat meniup wisel permulaan, maka bermula lah perjuangan kami bersama-sama player diatas padang. Musuh tradisi bertemu, pasti satu perlawanan yang panas didalam padang mahu pun diluar padang.

Kelantan bermain 8 orang terpaksa akur dengan kekalah dengan Terengganu bermain 10 orang + pengadil dengan jaringan 3 - 1. Kekalah tersebut tidak pernah mematahkan semangat kami untuk teruskan perjuangan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Kelate tercinta. Kalah menang tetap teruskan perjuangan. Selepas tamat perlawanan, Geng penggembara bergerak pulang.

Ini janji kami, kelate darah kami, kelate jiwa kami, hidup matiku tetap darah kelate!.

Ayuh penyokong setia TRW!. Penuhkan stadium keramat kita, jumaat ini mungkin aksi terakhir kita untuk tahun ini curahkan kudrat menyokong pasukan tercinta kita atau masih ada harapan untuk teruskan perjuangan dalam kempen Piala Malaysia. 90 minit masih berbaki untuk teruskan perjuangan hingga titisan peluh terakhir!. Ayuh bersama kami di Gate H!. Demi kecintaan kita kepada Kelate!.

Biarlah mati dengan keris diperut tetapi PANJI tetap berkibar!. Demi Kelate!.





No comments:

Post a Comment