11 Feb 2012

LIGA SUPER 2012 l KELANTAN [2] - TERENGGANU [1] , SEMARAK GATE H



" Salam kemenangan untuk semua pecinta bolasepak Negeri Kelantan "

Semalam menyaksikan pertembungan dua gergasi dari pantai timur iaitu Kelantan bertemu Terengganu di Stadium Sultan Muhammad IV yang turut di siarkan secara langsung menerusi saluran Astro.Pertemuan yang sememangnya dinantikan oleh kedua dua penyokong amnya dilihat sebagai suatupertemuan yang cukup sengit memandangkan Kelantan dan Terengganu mempunyai 'kisahnya' yang tersendiri .

Seawal jam 6 petang , komrad UKTRM telah mengadakan ' sambutan para pemain ' di perkarangan stadium yang telah disertai lebih kurang 50 orang komrad dan juga turut disertai oleh penyokong penyokong lain.Sambutan para pemain merupakan suatu sambutan rasmi UKTRM walaupun terpaksa menyambutnya di sebalik pagar .Namun itu tidak mematahkan semangat kami.

'Perang psikologi ' telah dilakukan kepada pasukan lawan sebagai salah satu cara bagi menjatuhkan semangat pihak lawan.Beberapa chant dinyanyikan sebagai kata kata semangat kepada pasukan kita.



 Pembakaran Flare yang begitu sinonim dengan pergerakan ultras dilakukan sejurus selepas selesai acara menyambut ketibaan para pemain.




Kelantan berjaya mengalahkan Terengganu dengan jaringan 2 berbalas 1 .Gol kemenangan Kelantan dijaringkan oleh NorShahrul Idlan Talaha pada minit ke 37' dan juga gol kedua dari kapten pasukan , Badrul Razi atau Piya pada minit ke 52' .Manakala gol tunggal pasukan Terengganu pula di jaringkan oleh Manaf Mamat iaitu 7 minit sebelum tamat perlawanan.Dengan kemenangan ini telah menjadikan Kelantan berada di tangga Liga Super dan berjaya merebut kembali takhta liga yang sebelum ini dimiliki oleh Perak.


Dengan kekuatan jumlah komrad yang dianggarkan antara 100 orang , Gate H - Pride Of Kelantan berjaya memainkan peranannya.Jumlah kekuatan komrad yang semakin hari semakin bertambah menjadikan Gate H seolah olah ' berhantu ' dan mempunyai jiwanya yang sendiri .Ada di antara komrad yang berada di luar Kelantan seperti Lembah Klang telah turun ke curva dan  memberi jiwa di Gate H sebagai tanda sokongan yang kerana KESURUPAN mereka untuk bersama adik beradik.

Antara komrad yang hadir sebelum sepak mula perlawanan.

Jiwa kami takkan pernah padan .


Namun atas dasar kecintaan dan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pasukan The Red Warriors, satu banner khas yang dibuat untuk Pemain Import Kelantan iaitu Mohammad Ghaddar  yang telah dikritik hebat oleh penyokong Kelantan kerana aksi yang kurang cemerlang yang ditunjukkan beliau.

Namun kami percaya Ghaddar mampu memberi impak yang besar dalam pasukan Kelantan .Kehebatan beliau yang bijak mengelecek bola dengan mudah mampu memperdayakan pihak lawan.Atas insiatif untuk menaikkan semangat pemain ini yang semakin hari semakin 'jatuh' akibat tekanan dan harapan yang terlalu tinggi dari penyokong Kelantan , menyebabkan kami dari pihak UKTRM membuat banner khas untuk beliau.

Mohon untuk pengetahuan semua, semua kos untuk membuat banner ini adalah tidak ditaja oleh mana-mana pihak sebaliknya adalah dari duit poket kami sendiri.Walaupun kos yang dibuat mahal , namun apadahal demi KELANTAN yang satu .

Walaupun usaha kami ini mendapat tohmahan oleh segelintir penyokong , namun kami tetap meneruskan perjuangan kami kerana tidak semua yang boleh menerima pergerakan kami , Kerana kami bukan sebuah persatuan kerana kami bergerak sendiri .!!!!


Dan buat pertama kalinya di Gate H-Pride of Kelantan , banner semangat untuk Ghaddar dan juga bendera kelahiran pemain ini dikibarkan di curva kami.



Kredit picture : J PHPTOGRAPHY
Berdiri megah di CURVA kami , SELAMANYA akan berada di GATE H

Kredit picture : DUNIA WARRIORS

Kemuncuk bagi perlawanan ini adalah dengan meraikan kemenangan wira kami.Sinonim dengan pergerakan kami , pembakaran flare pada setiap penamat perlawanan.Sekali lagi Gate of H - Pride of Kelantan terbakar .






Terima kasih diucapkan kepada semua komrad yang turun ke Gate H - Pride of Kelantan, curva keramat bagi UKTRM.Setinggi perhargaan juga kepada komrad baru yang baru pertama kali bersama kami.Jiwa dan semangat anda , kami kagum.Juga terima kasih kepada 'Manggis ' yang berani berada di dalam linkungan kami.Semangat dan jiwa anda milik Gate H .

Kepada anda yang masih malu malu untuk bersama sama kami merasai keseronokan dalam bentuk sokongan boleh bersama kami di Gate H.Jangan malu.Kami hanya memerlukan JIWA anda sahaja.

H A I L S ya !!!!


* Kita turun jumpa Selangor pulak :)