20 Nov 2011

Harimau Muda vs Garuda | Final sukan Sea 2011

Harimau Muda

Debaran perlawanan akhir bola sepak suka Sea 2011 kia hangat diantara Harimau Muda yang akan menentang tuan rumah iaitu Indonesia. Malaysia turun ke pentas akhir dengan sedikit kelebihan moral kerana Harimau Muda pernah mengalahkan Indonesia dalam perlawanan peringkat kumpulan. Tetapi itu bukan menjadi ukuran untuk Malaysia medabik dada kerana dendam Indonesia pasti membara dan diiringi puluhan ribu penyokong fanantik skuad Garuda itu.

Indonesia turun dengan ribuan penyokong mereka, kita Malaysia turun dengan ribuan doa dan berkat anak-anak Malaysia yang pasti menjadi azimat untuk kita mencapai kemenangan di pentas akhir nanti.

Kami The Red Mania mendoakan kemenangan wira kita nanti. Dan kalah atau menang bukan menjadi penghalang buat kami untuk teruskan menyokong Harimau Malaya walau apa keadaan sekalipun.

Oh Malaysia
Kita bersaudara
Oh Malaysia
Satukan jiwamu
Selamanya Harimau Malaya
Selagi kita bernyawa
Oh Malaysia

KAU KEBANGGAANKU!

No comments:

Post a Comment