21 Oct 2011

JOIN KAMI - UKTRM | Demi Kelate Kita

12

Bagi yang tidak tahu atau tidak faham lagi apa itu Ultras dan apa itu Ultras Kelantan The Red Mania ( UKTRM ). Dan apa motif UKTRM, apa perjuangan UKTRM.

Ultras disini bermaksud "Melebihi". Melebihi dari orang lain dari segi sokongan. Contohnya, Ultras berdiri 90 minit, berchanting 90 minit. Dan disini UKTRM akan memberi sokongan tanpa berbelah bahagi tidak kira apa jua keputusan sekalipun yang dicatat oleh pasukan tersayang.

1. Perjuangan UKTRM untuk memberi sokongan yang tidak terhingga kepada pasukan Kelantan tidakkira kalah ataupun menang.

2. Bagaimana hendak menyertai UKTRM?. Anda boleh saja datang ke Curva Gate H di Stadium keramat kita atau game away pula anda boleh mencari kami di mana-mana curva.

3. Tidak perlu daftar sebagai ahli. Kerana UKTRM bergerak secara underground. Hanya bawa jiwa anda cintakan bola sepak Kelantan dan Malaysia. ( SUPPORT YOUR LOCAL FOOTBALL CLUB ).

4. UKTRM bergerak secara underground, dan kami disini hanya mengguna duit poket sendiri untuk melakukan sesuatu benda seperti membeli drum, membuat banner, membuat bendera dan sebagainya. Dan kami tidak pernah meminta di sponsor, tetapi jika ada pihak yang memberi kami menerima dengan hati terbuka, kerana itu satu bonus bagi kami dan kami tidak akan sesekali meminta melainkan orang yang sukarela memberi. Jadi harap anda faham tentang pergerakan kami secara underground ini. Demi Kelantan, apa-apa pun kami sanggup lakukan.

5. Jangan malu atau segan untuk menjadi sebahagian daripada komrad UKTRM, tidak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda, kaya atau miskin, berkerja biasa atau professor. Kerana dalam pergerakan Ultras kita semua satu taraf atau satu level tidak kira apa pun anda. Dan kami tetapkan dalam diri semangat setia kawan, brotherhood. Dan disini kami hanya perlukan pencinta bola sepak bukan hero papan kekunci. UKTRM perlukan jiwa di curva!.




We are against the greedy owners who only care about profits. We are against players who play for only the money, and not for the badge on their shirt. We are against the governments and police who try and silence Ultras and use intimidation and police brutality against fans. We are AGAINST MODERN FOOTBALL. -ultrasworldwide.





AYUH PENYOKONG KELATE!. MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA KOMRAD UKTRM!. DEMI KELATE KITA!.

1 comment:

  1. hok penting jago aurat,, jaga batasan agama,, lebihkan perjuange agamo,, biar kito hidup dengan islam mati pun dalam islam ,, InsyaAllah... Kawe saye ko ore klate,, Allahuakbar,, moga bola sepak klate koho maju pahnieh

    ReplyDelete