ABOUT UKTRM


Kami Ultras Kelantan | The Red Mania. Menyokong pasukan KELATE sepanjang masa tidak kira menang atau kalah. Tertubuhnya UKTRM pada 14 Disember 2010 di Lembah Klang dimana sekumpulan pencinta bola sepak anak Kelantan berganding bahu untuk mewujudkan penyokong yang digelar Ultras dan wujudlah Ultras Kelantan | The Red Mania. Debut pertama UKTRM ialah ketika perlawanan persahabatan Kelantan melawan Harimau Muda A di Stadium MBPJ - 2010.

Penampilan pertama UKTRM dalam liga Malaysia ialah ketika piala Sumbangsih 2011 Kelantan melawan Selangor di Shah Alam. Manakala penampilan pertama UKTRM di Stadium keramat kita ialah ketika perlawanan liga super 2011 Kelantan melawan Terengganu. UKTRM bergerak secara UNDERGROUND. Tiada kaitan dengan mana-mana kelab, persatuan atau badan induk yang berdaftar. Port atau Curva UKTRM di Stadium Sultan Muhammad ke 4 ialah di Gate H ( pintu besar ).

Penampilan pertama UKTRM di bumi Malaya - Kelantan vs Harimau Muda A - Friendly 2010

Penampilan pertama dalam liga Malaysia - Kelantan vs Selangor - Sumbangsih Cup 2011

Penampilan pertama di SSM4 - Kelantan vs Terengganu - Liga Super 2011

Curva UKTRM di SSM4 - Gate H

Penampilan pertama di final - FA CUP 2011 - Bukit Jalil


ULTRAS KELANTAN THE RED MANIA

--------------------------------------------------------------------------------------------

INFO : Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pergerakan UKTRM, anda boleh saja bersama kami di curva atau boleh bertanya di - FACEBOOK PAGE - UKTRM ( CLICK )