30 Sept 2011

International Friendly Match : MALAYSIA & KELANTAN FA

HARIMAU MALAYA

AUSTRALIA VS MALAYSIA
7 / 10 / 2011 ( JUMAAT )
DI CANBERRA, AUSTRALIA
6.00 PETANG ( WAKTU MALAYSIA )
LIVE ( ASTRO )


-----------------------------------------------------


THE RED WARRIORS

KELANTAN FA vs SONGKHLA FC
7 / 10 / 2011 ( JUMAAT )
DI STADIUM SULTAN MUHAMMAD KE-4
8.45 MALAM



SELAMANYA HARIMAU MALAYA!

SELAMANYA KELATE DIHATIKU!



picture credit to - Userun & wawanfaiz.com





Ultras Kelantan - The Red Mania ~ Salam Satu Jiwa ~

Selangor mempunyai UltraSel untuk membela...Ultras Taming Sari sentiasa teguh di belakang Melaka...Perak 'bangga' dengan Silver State Ultras...Seluruh pelosok dunia akan mesti mempunyai penyokong tegar seperti......

"Kami Red Mania...Salam Satu Jiwa...Di Malaysia...Kan Selalu Ada...Selalu Bersama...Untuk Kemenangan..Kami Red...Mania...."

Berganding bahu...Selalu bersatu padu dalam satu jiwa...penyokong bola sepak...terselit satu nama..."The Red Mania"...Fanatik...tapi bukan sekadar fanatik tapi membawa satu etika yang cantik...Wujudnya hanya untuk berdiri teguh agar pasukan dapat bersemangat...Magic yang dijelmakan melalui lapangan hijau yang menarik...Pasti akan ada untuk didedahkan...Agar , semuanya lebih bersemangat....

Memang benar..!! Red Mania selalu 'bikin' MERAH...SeMERAH semangat pasukan...Ikhlas tanpa paksa dan bergerak bersama...Di mana ada The Red Warriors , di situ ada The Red Mania...Kalah atau menang itu adat pertandingan...Sentiasa memberi sokongan sepenuhnya...Red Mania , Red Manita....London tidak akan gah tanpa Chelsea...Takkan ada yang teruja dengan Sepanyol jika tidak ada Barcelona...Siapa Maldini jika tanpa ada Ac Milan...Siapa kenal Italy tanpa aksi Juventus...Kelantan tidak akan gah jika tidak kerana penyokong mereka yang tegar....Semua produk ingin menggunakan penjenamaan semula oleh Tan Sri Annuar Musa...Maklum saja...The Red Warrior bukan pasukan negeri yang biasa saja...Semuanya siap menangis , siap 'teriak'...Kita harus menang...Bila-bila masa...Di mana pun...Kita harus berjuang...Red Mania...Salam Satu Jiwa...



Kami Ini The Red Mania
Kami Sokong Kelate Saja
Di Mana Kau Berada , Di Situ Kami Ada
Kerana..Kami The Red Mania...

Ayuh Bangkit Bersama
Demi Nusa Dan Bangsa
Kan Ku Julang Nama MU
Oh Tanah Air Ku
Kelate Yang Satu....


**Credit to Wawan Faiz

28 Sept 2011

History of Ultras / Casuals / Barra Bravas / Torcidas.

Ultras@Casuals@barra bravas@Torcidas adalah benda yang sama, beza hanya pada gelaran mengikut benua dan budaya sesuatu tempat itu saja.Ultras pergerakan yang mula mendapat tempat dihati pemuda-pemuda di Itali sekitar pertengahan 70an manakala Casuals mula mendapat tempat di sekitar Kepulauan Britainia pada 1966 selepas England berjaya memenangi Piala Dunia.Barra Bravas juga mula mendapat tempat di kawasan benua Amerika pada 1990. Manakala Torchidas pula berasal dari Brazil. So basically mula pergerakan ni hasil dari anak-anak muda yang masing-masing mencintai dan menganggap bolasepak itu adalah satu lagi ruang dan tempat mereka untuk berekspresi. Ruang ini digunakan untuk menonjolkan semangat kebangsaan, budaya dan keseniaan, originaliti bangsa, kecenderungan politik dan sifat setiakawan dan sense of belonging pada sesuatu gerakan atau kumpulan anak-anak muda.

Ramai sedia tahu England adalah negara penjajah dan adalah kuasa dunia sejak berkurun-kurun lamanya, dipercayai pergerakan ini bermula dari negara ini dan kemunculan kelab Liverpool dan penyokongnya yang dikenali sebagai The Urchins sebagai kuasa bolasepak Eropah di sekitar tahun 60'an dan 70'an yang mengembangkan budaya pergerakan ini seantero dunia.Mungkin ramai yang pernah terbaca di wikipedia atau mana-mana artikel dalam internet akan Ultras di Italy wujud pada 1930'an dan barra bravas pada tahun 1950'an.So be it, tapi sepemahaman aku itu hanyalah teori wikipedia dan konspirasi untuk membezakan Ultras dengan Casuals dan Barra Bravas kerana sehingga kini pergerakan ini adalah sesuatu yang amat ditakuti dan digeruni di benua Eropah dan Amerika Latin.Keupayaan ultras bukan hanya di stadium atau di dunia bolasepak, bahkan di sesetengah negara Ultras berupaya menukar pemimpin dan menjadi pengerak pengubah rupa bentuk politik.Jadi dengan keupayaan sebegitu tidak hairan wikipedia atau web-web yang bukan dibangunkan sendiri oleh Ultras itu sendiri mungkin membawa pengertian dan informasi yang salah.

Pengabungan antara Lazio Ultras(Irriducibili) Dan Chelsea Casuals(The Headhunters) secara lawatan dan mempelajari art of wars,sistem pergerakan yang lebih tersusun dan mengkonduksi pergaduhan terancang antara ultras-ultras lain membuktikan ultras juga mengambil dan mengadaptasi budaya pergerakan ini dari England.Jadi di harap dengan artikel aku ini para pembaca dapat menilai sedikit apa itu Ultras dan kita jadikan mereka di Eropah sumber inspirasi dan mengadaptasi cara mereka tapi perlu disaring dengan acuan yang bersesuaian dengan agama dan budaya kita seperti yang dibuat oleh mereka di Italy. So pada aku perlu lebih ramai yang mencari ilmu-ilmu dari sumber bacaan di luar sana supaya anda benar-benar faham akan budaya pergerakan ini sebelum anda sendiri mengadaptasinya.

Credit to - ******

--------------------------------------------------


26 Sept 2011

KELANTAN VS FELDA UNITED - PIALA MALAYSIA 2011

Video Sambut Felda United tuttttt!

Ayuh semua penyokong-penyokong The Red Warriors!. Penuhkan Stadium keramat kita!. Kasi hancur sama Felda United FC!!!

Tengok Ultras Nippon penuh satu Curva berdiri ber chating memberi semangat kepada pasukan tersayang. Kita pun boleh buat seperti Ultras Nippon. Ayuh!. Bersama-sama menjadi sebahagian komrad Ultras Kelate, datang saja ke Curva Ultras Kelate di Gate H, bersatu suara bersatu jiwa demi Kelate tercinta!.

Ayuh bangkit bersama ( Chant )

Ayuh bangkit bersama..
Demi nusa dan bangsa..
Kan ku julang namamu..
Oh tanah air ku Kelate yang satu..
Kan ku julang namamu..
Oh tanah air ku Kelate yang satu..
KELATE!!!!




23 Sept 2011

JOHOR FC VS KELANTAN - PIALA MALAYSIA 2011 -


Malam ini, perlawanan seterusnya The Red Warriors VS Johor FC dalam saingan Piala Malaysia. Walau jauh beribu batu, jiwa kami tetap teguh sama Kelate.


- PIALA MALAYSIA 2011 -


- 24 SEPTEMBER 2011


- JOHOR FC VS KELANTAN


- 8.45 MALAM


-ASTRO ARENA 801


-STADIUM JCORP


Picture credit to - Wawanfaiz.com

21 Sept 2011

Kelantan (4) VS (0) Sarawak (Piala Malaysia 2011)


Tanggal 18hb September 2011 , bersamaan hari Ahad , bertempat di Stadium Sultan Muhammad ke IV , berlaku satu keajaiban yang menyaksikan pasukan kebanggaan kita , Kelantan atau dengan jolokan "The Red Warrior" telah bangkit pada minit-minit terakhir dengan ledakan demi ledakan dan sekali gus menyebabkan pasukan Sarawak yg juga Naib Juara Liga Perdana musim 2011 pulang dengan tangan kosong.Kebangkitan yg ditunjukkan oleh anak buah Dato' M.Karathu amat tepat pada masanya ketika jentera serangan TRW buntu untuk mencari gol sepanjang 80 minit.Tapi , bukan perihal perlawanan yg ingin aku ceritakan , tapi tentang semangat yg ditunjukkan oleh para komrad Ultras Kelantan - The Red Mania sepanjang perlawanan ini.Walaupun melimpahkan sisa sejurus petang mengisi , namun ia tidak sekalipun memberi kegusaran di hati setiapn komrad malah ia lebih memberi semangat untuk terus menyokong dan untuk terus berdiri tegak di belakang pasukan.

Para komrad mula berkumpul tepat jam 6.30 ptg di Medan Usahawan dan mula bergerak masuk ke stadium secara "Corteo".Setelah memasuki stadium , para komrad mula mengambil tempat masing-masing dan sebahagiannya lagi sibuk memasang 'banner' dan bendera serta capo pula sibuk untuk memastikan segala peralatan seperti bendera dan flare dalam keadaan sedia.Tepat jam 8.45 , capo memberi arahan kpd komrad supaya bersedia.Sejurus tiupan wisel dr pengadil yg bertugas maka bermulalah perjuangan para komrad dlm mengharungi setiap cabaran di setiap saat perlawanan.

Walaupun perlawanan boleh dikatakan agak kurang seimbang dengan asakan yang bertali arus namun kurang berkesan dalam menjelmakan jaringan , semangat komrad sedikit pun tdk menurun malah ia memberikan tonik tambahan dlm mengharungi perjuangan ini.Usaha mereka ini tdk menemui jalan sia-sia kerana para pemain akhirnya dapat memecahkan kubu pihak musuh ketika mereka sdh membayangkan 1 mata utk di bawa pulang ke kepulauan Borneo.Syabas dan tahniah diucapkan kepada para komrad di atas semangat yg ditunjukkan.Pada penghujung perlawanan , para komrad meraikan kejayaan ini dgn penuh rasa kesyukuran dan kebanggaan.Tahniah diucapkan kepada skuad kendalian Dato' M.Karathu kerana tdk putus asa dlm mencari kemenangan demi kemenangan.Tahniah juga kepada para komrad yg baru menyertai keluarga besar ini di Gate Of Hell Curva.Kami amat mengalukan kedatangan anda dan semangat yg anda bawa bersama.

~Bersama Selamanya~

Ya Kami Taksub, Sebab Jiwa Kami Cintakan Bola Sepak Kelate!

- Ya kami taksub, sebab jiwa kami cintakan bola sepak Kelate dan juga Malaysia. Taksub kami masih boleh bezakan diantara buruk dan baik, masih boleh fikir yang mana halal haram. 


1. Kewujudan The Red Mania adalah untuk memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan Kelantan (TRW) tidak kira dimasa kalah ataupun menang. Dan membawa pembaharuan dalam cara sorakan memberi semangat kepada pasukan kesayangan, yang paling penting mengajar dan belajar bersama-sama dengan penyokong lain agar lebih profesional tidak kira walau bagaimana keadaan sekalipun.


2. Pengerakan The Red mania 100% duit poket KOMRAD The Red Mania sendiri ( Underground ), maknanya kami hanya menggunakan duit poket sendiri. Seperti membeli tiket masuk stadium, banner, drum dan juga pergi away atau home game dan sebagainya. Dan jika mana-mana pihak yang memberi secara sukarela tanpa pihak kami meminta, itu satu bonus bagi kami. Ini semua demi Kelate tercinta.


3. Untuk pengetahuan semua kami akan sentiasa ber chanting selama 90minit untuk memberi sokongan kepada pasukan kesayangan. Sebab ada yang bertanya, kenapa semasa pihak lawan membawa bola Ultras tetap ber chanting. Untuk pengetahuan semua, mungkin orang yang sudah biasa dengan kami sudah faham. Bukan semasa kita menyerang saja player kita mahukan semangat, semasa pihak lawan menyerang pun pertahanan kita perlukan semangat. Jadi disini kami ber chanting tidak kira pihak lawan atau pasukan kita sendiri membawa bola.


4. Berkenaan dengan banner "Hidup Matiku Kelate". Slogan tersebut tidak ada kaitan dengan apa-apa kecuali satu slogan kecintaan kami terhadap Negeri Kelantan tercinta dan bola sepak Kelantan. Kami disini masih waras dan masih boleh berfikir diantara buruk dan baik. Dan kami masih tidak lupa dari-Nya kami datang dan kepada-Nya kami pergi. Yang buruk datangnya dari kami dan yang baik datang dari-Nya.


5. Berkenaan dengan Flag Che Guevara. Flag tersebut hanyalah erti sebuah perjuangan yang kami juangkan dan juga Che Guevara sinonim dengan pengerakan Ultras diseluruh dunia, contohnya di Itali, Jepun, Turki dan lain-lain. Dan disini kami juga mengibar flag Pahlawan kita iaitu Tok Janggut yang kita tahu semangat juang beliau tidak dapat kita sangkakan lagi.


6. Anda bila lagi?. Jom menjadi sebahagian KOMRAD The Red Mania. Kita sama-sama memberi sokongan dengan lebih berkesan terhadap pasukan tercinta kita. Sama-sama kita berjuangan dengan pasukan kita selama 90minit.


7. Anda tidak ingin melihat satu stadium SSM4 penyokong berdiri sambil ber chanting memberi semangat kepada pasukan kesayangan, pihak lawan pun pasti lebih gerun melihat kita macam itu.


8. Di negara-negara bola sepaknya maju semuanya mempuyai Ultras, seperti kelab Inter Milan, Barcalona, Real Madrid, dan di jepun seperti Urawa Red, manakala negara jiran kita Indonesia sudah lama revolusi Ultras didalam bola sepak sudah bertapak. Anda bola search video di Youtube.com untuk melihat Ultras di luar sana.


9. Yang ingin menjadi sebahagian daripada kami, datang saja ke port The Red Mania iaitu di Gate H SSM4. Tidak perlu daftar apa-apa, hanya bawa jiwa cintakan bola sepak tanah air kita dan negeri tercinta.


10. Dan juga terima kasih kepada yang sentiasa menyokong kewujudan The Red Mania didalam bola sepak kelate tidak kira secara langsung ataupun tidak selama ini. Dan juga kritikan-kritikan sesetengah pihak tidak pernah mematah semangat jiwa kami untuk terus berjuang. Ini semua demi kelate tercinta.


11. Jika ada salah atau silap kami mohon di maafkan. Yang buruk datangnya dari kami dan yang baik datang dari-Nya.


12. Permain ke dua belas, ini janji kami The Red Mania dan juga semua penyokong Kelate, kami akan sentiasa berada dibelakang pasukan THE RED WARRIORS tidak kira kalah atau menang. Selamanya THE RED WARRIORS!


"Bukan untuk kebanggaan tetapi untuk kecintaan terhadap Kelate".

20 Sept 2011

Samurai VS HARIMAU MALAYA

Harimau Malaya - Skuad Olimpik


Walau jauh beribu batu, jiwa kami tetap teguh sokong HARIMAU MALAYA!. Kalah menang kami tidak peduli, selamanya HARIMAU MALAYA!.

Bangun semua penyokong..
Satukan hatimu..
Tinggikan sorakanmu..
Demi MALAYSIA!



Picture credit to - www.shazlishamsuddin.com

Kelayakan Olimpik London 2012 (zon Asia)

Kelayakan Olimpik London 2012 (zon Asia)

Japan VS MALAYSIA
21 September 2011
Stadium Tosu, Japan.
7.00 malam (waktu Malaysia)

Siaran langsung (LIVE)
- Astro Arena 801
- Astro Supersport 813
- RTM 2

*credit to Wawanfaiz.com


Ohh Malaysia..
Kita bersaudara..
Ohh Malaysia..
Satukan jiwamu..

Selamanya HARIMAU MALAYA..
Selagi kita bernyawa..
Ohh MALAYSIA..
Kau kebanggaan ku...

19 Sept 2011

Kelantan (2) VS (1) Johor FC ( Piala Malaysia 2011)



review perlawanan KELANTAN vs Johor FC

Komrad bersama sama berchant untuk membangkitkan semangat TRW

Antara Komrad yang hadir memberi sokongan


Pembakaran flare sebaik sahaja Kelantan berjaya menjaringkan gol.


Hidup matiku KELATE 

Kibaran bendera kebanggan kita.KELANTAN








Gambar kredit - Alif Danial


Mari bersama-sama kami di GATE H -GATE OF HELL , sama sama merasai kemeriahannya.Kami mengalu-alukan kedatangan anda.Apa yang kami perlukan dari anda adalah SEMANGAT DAN JIWA.SELAMANYA THE RED MANIA.