28 Sept 2011

History of Ultras / Casuals / Barra Bravas / Torcidas.

Ultras@Casuals@barra bravas@Torcidas adalah benda yang sama, beza hanya pada gelaran mengikut benua dan budaya sesuatu tempat itu saja.Ultras pergerakan yang mula mendapat tempat dihati pemuda-pemuda di Itali sekitar pertengahan 70an manakala Casuals mula mendapat tempat di sekitar Kepulauan Britainia pada 1966 selepas England berjaya memenangi Piala Dunia.Barra Bravas juga mula mendapat tempat di kawasan benua Amerika pada 1990. Manakala Torchidas pula berasal dari Brazil. So basically mula pergerakan ni hasil dari anak-anak muda yang masing-masing mencintai dan menganggap bolasepak itu adalah satu lagi ruang dan tempat mereka untuk berekspresi. Ruang ini digunakan untuk menonjolkan semangat kebangsaan, budaya dan keseniaan, originaliti bangsa, kecenderungan politik dan sifat setiakawan dan sense of belonging pada sesuatu gerakan atau kumpulan anak-anak muda.

Ramai sedia tahu England adalah negara penjajah dan adalah kuasa dunia sejak berkurun-kurun lamanya, dipercayai pergerakan ini bermula dari negara ini dan kemunculan kelab Liverpool dan penyokongnya yang dikenali sebagai The Urchins sebagai kuasa bolasepak Eropah di sekitar tahun 60'an dan 70'an yang mengembangkan budaya pergerakan ini seantero dunia.Mungkin ramai yang pernah terbaca di wikipedia atau mana-mana artikel dalam internet akan Ultras di Italy wujud pada 1930'an dan barra bravas pada tahun 1950'an.So be it, tapi sepemahaman aku itu hanyalah teori wikipedia dan konspirasi untuk membezakan Ultras dengan Casuals dan Barra Bravas kerana sehingga kini pergerakan ini adalah sesuatu yang amat ditakuti dan digeruni di benua Eropah dan Amerika Latin.Keupayaan ultras bukan hanya di stadium atau di dunia bolasepak, bahkan di sesetengah negara Ultras berupaya menukar pemimpin dan menjadi pengerak pengubah rupa bentuk politik.Jadi dengan keupayaan sebegitu tidak hairan wikipedia atau web-web yang bukan dibangunkan sendiri oleh Ultras itu sendiri mungkin membawa pengertian dan informasi yang salah.

Pengabungan antara Lazio Ultras(Irriducibili) Dan Chelsea Casuals(The Headhunters) secara lawatan dan mempelajari art of wars,sistem pergerakan yang lebih tersusun dan mengkonduksi pergaduhan terancang antara ultras-ultras lain membuktikan ultras juga mengambil dan mengadaptasi budaya pergerakan ini dari England.Jadi di harap dengan artikel aku ini para pembaca dapat menilai sedikit apa itu Ultras dan kita jadikan mereka di Eropah sumber inspirasi dan mengadaptasi cara mereka tapi perlu disaring dengan acuan yang bersesuaian dengan agama dan budaya kita seperti yang dibuat oleh mereka di Italy. So pada aku perlu lebih ramai yang mencari ilmu-ilmu dari sumber bacaan di luar sana supaya anda benar-benar faham akan budaya pergerakan ini sebelum anda sendiri mengadaptasinya.

Credit to - ******

--------------------------------------------------


No comments:

Post a Comment