8 Oct 2011

Kelantan vs Songhkla FC - Red Mania - GATE H

The Red Warriors

Perlawanan persahabatan diantara Kelantan vs Songhkla FC pada 7 Oktober 2011 bersamaan hari Jumaat menyaksikan pasukan kesayangan kita The Red Warrior terpaksa akur pada Songhkla FC 1 - 3. Disini, kami bukan mahu bercerita atau mengulas tentang perlawanan, tetapi perihal tentang perjalanan perang jiwa taksub Gate H semasa berlangsungnya perlawanan itu. Jiwa taksub disini maksudnya, kecintaan kami terhadap negeri kami, bukannya negeri lain, kelab bola sepak lain atau sewaktu dengannya, lahirnya kami di Malaysia, itulah darah kami, lahirnya di Kelantan itulah kecintaan kami selamanya, dan disini kami masih waras taksub kami ada batasnya. Harap faham tentang maksud taksub yang kami bawakan, ia datang dari jiwa bukannya sekadar kata-kata yang tidak membawa apa-apa makna. Peace!.

Komrad berkomplot seawal jam 4.30 petang lagi bertempat di Medan Usahawan untuk live komplot perlawanan diantara Malaysia menentang Australia, yang menyaksikan Harimau Malaya terpaksa akur akan kehebatan skuad kanggaro kudung itu yang berada diranking ke 19 dunia, jauh jurangnya dengan pasukan kesayangan negara tercinta kita. Walau apa pun terjadi, kami tetap teguh dibelakang Harimau Malaya dan selamanya Harimau Malaya!.

Selepas tamat perlawanan Malaysia menentang Australia. Komrad mula berarak masuk "corteo" ke dalam stadium dan mengambil tempat masing-masing, dan masing-masing berkerjasama memasang banner dan flag untuk persiapan perlawanan dan capo sibuk memastikan semua dan perjalanan malam itu tiada masalah. Itulah yang kami terapkan dalam semangat dan jiwa kami, kerjasam apaling penting dalm pengerakan ini, tiada kerjasama semua yang kita lakukan sia-sia dan semangat Brotherhood itu paling penting.

Selepas pengadil meniup wisel permulaan, maka bermulalah perjuangan kami bersama-sama player selama 90 minit. Pada malam itu, perlawanan berlangsung dalam keadaan hujan lebat dan ia tidak sedikit pun mematahkan semangat kami untuk memberi semangat kepada pasukan kesayangan, malah ia lebih membuat kami lebih bersemangat walaupun Kelantan ketinggalan 1 - 3 kepada pihak lawan. Itu semua bukan alasan bagi kami atau bukan sebab untuk kami patah semangat dan tiada sedikit pun perasaan kecewa atas kekalahan itu. Walau apa jua terjadi kami tetap menyokong sepenuh jiwa kami walau terpaksa mengadai harta dan benda, selamanya Kelantan dan apa yang kami juangkan ini semuanya demi Kelate tercinta.

Dan tamat perlawanan pada malam itu yang menyaksikan pasukan kesayangan kita terpaksa tunduk kepada  kepada pihak lawan. Dan ia sedikit pun tidak mematahkan semangat kami untuk terus berjuang bersama-sama The Red Warriors. Kekuatan komrad pada malam itu dalam 30 komrad dan semangat komrad sangat sporting walau dalam hujan lebat sekalipun.Dan terima kasih semua yang terlibat, demi Kelate!.

Ayuh penyokong Kelate!. Menjadi sebahagian daripada komrad UKTRM, hanya datang ke curva - Gate H, tiada bayaran apa-apa hanya bawa jiwa anda cintakan bola sepak Kelate kita!.

Kami anak jadi Kelate..!
Kami rela pertahankan..!
Kami akan sentiasa..!
Bersama-sama selamanya..!
Biar terik matahari..!
Biar hujan tak berhenti..!
Kami teguhnya disini..!
Hingga hujung nyawa kami..!

Selamanya HARIMAU MALAYA!. Selamanya THE RED WARRIORS!.


Picture credit to - Userun Photography

No comments:

Post a Comment