15 Oct 2011

KELANTAN vs TERENGGANU - Suku Akhir Ke 2 | MERAH TAKKAN PADAM

Merah Takkan Padam!

Saingan kempen Piala Malaysia bagi pasukan kesayangan kita Kelantan sudah ditunjuk jalan keluar oleh Terengganu semalam, selepas kedua-dua pasukan terikat seri 2 - 2. Tetapi Terengganu layak dengan agregat 5 - 3 hasil dari perlawanan suku akhir pertama dimana Terengganu mencatat kemenangan 3 - 1 di gelanggang sendiri.

Disini kami bukan ingin bercerita tentang perlawanan diatas padang tersebut atau punca kekalahan tersebut, tetapi perihal perjuangan terakhir Red Mania untuk tahun ini. Sudah hendak genap satu tahun UKTRM muncul, dan kami masih ingat diawal kemunculan Red Mania atau 1st debut di Stadium keramat kita juga semasa perlawanan kedua Liga Super 2011 dimana Kelantan bertemu Terengganu dan penampat perjuangan Red Mania untuk tahun ini juga berakhir dengan perlawanan yang penuh domestik iaitu Kelantan melawan Terengganu, dalam saingan Piala Malaysia 2011.

Tempoh hari Red Mania telah melanggar Stadium Terengganu bersama ribuan penyokong setia The Red Warriors dan kita terpaksa akur dengan kekalah ditangan Terengganu dengan jaringan 3 - 1, tetapi bukan menjadi penghalang kepada Red Mania dan ribuan lautan merah untuk memenuhi stadium keramat kita semalam untuk memberi sokongan yang tidak berbelah bahgai kepada pasukan tercinta iaitu Kelantan.

Semalam, Red Mania berkomplot seawal 4.30 petang lagi bertempat di Medan Usahawan untuk menunggu menyambut The Red Warriors, tetapi terpaksa dibatalkan atas sebab keselamtan permain dan ACAB tidak membenarkan kami menyambut wira kami sendiri?. A.C.A.B!

Selepas itu kami mula menyusuri berarak masuk kedalam stadium seawal jam 7 malam lagi kerana tidak mahu berasak dengan ribuan penyokong yang sudah memenuhi ruang stadium. selepas didalam stadium rutin Komrad seperti biasa, mengantung banner, memasang panji-panji dan sebagainya. Suasana di Gate H sangat padat dengan dipenuhi komrad Red Mania dan ribuan penyokong Kelate, dan didalam stadium Sultan Muhammad ke 4 ibarat Mini Gelora Bung karno!.

Malam seribu ketaksuban. Wisel permulaan dimulakan dan bermula perjuangan hidup mati The Red Warriors, Red Mania dan harapan ribuan penyokong Kelate untuk melihat pasukan kesayangan dapat meneruskan kempen dalam piala Malaysia.

Harapan yang tinggal kenangan, harapan yang dirampas oleh kroni-kroni BANGSAT yang tidak pernah puas melihat kita merana. Pasukan tercinta kita terpaksa akur dan setakat ini saja perjuangan The Red Warriors untuk tahun ini. Tetapi semangat kami tidak pernah tewas diatas kekalah itu, tetapi ia semakin membuat kami lebih bersemangat untuk meneruskan perjuangan dan kami tidak akan sesekali berputus asa untuk negeri tercinta kami. Selamanya Red Mania dibelakang Kelantan walau menang walau jatuh kami tetap teruskan perjuangan.

ANDA BOLEH RAMPAS SEGALA-GALANYA, TETAPI BUKAN SEMANGAT KAMI!.

SELAMANYA THE RED WARRIORS!. SELAMANYA ULTRAS KELATE THE RED MANIA!.


Picture credit to - WawanFaiz.com

2 comments:

  1. feel sorry for your team...apa2 pun semoga berjaya dalam kejohanan AFC nanti..

    ReplyDelete
  2. xpo, ultras kelate terbaik sokmo.. kawe banggo tgk ultras kelanta dk sorok wlaupn ketinggalan 2 gol. smpai ada pnyokong laen maroh n salah seorang ahli ultras nie maroh balek n mempertahankan perjuangan selagi wisel penamat belum ditiupkan// terbaek!!!

    ReplyDelete