27 Oct 2011

RED MANIA | AGAINST MODERN FOOTBALL!



Perlawanan akhir piala Malaysia 2011 menemukan Negeri sembilan melawan Terengganu, yang akan berlangsung pada hari sabtu ini di stadium Shah Alam. Disini bukan ingin menulis tentang perlawanan tersebut, tetapi perihal FAM yang sesuka hati menaikkan harga tiket perlawanan tersebut dan dilihat suka membuat keputusan dengan kehendak hati tanpa memikirkan perasaan pencinta bola sepak tanah air.

Keghairahan penyokong bola sepak tanah air umunnya penyokong dari kedua-dua pasukan yang akan bertanding pada perlawanan akhir nanti tersentap dengan kenaikkan harga tiket itu dari RM30 ke RM50. Satu yang tidak munasabah bagi sebuah badan induk bola sepak tanah air yang membuat keputusan tanpa memikir akibat yang akan terjadi diatas perbuatan mereka.

Dimalaysia, bola sepak kita baru saja mendapat tarikan orang ramai untuk ke stadium dimana negara kita pernah terjatuh ke zaman gelap bola sepak. semangat rakyat malaysia kembali untuk memeriahkan kembali bola sepak diambil kesempatan oleh kroni-kroni bangsat yang hanya memikirkan keuntungan wang daripada kemajuan bola sepak negara.

Bola sepak untuk rakyat, untuk kita semua, tetapi kita sendiri sebagai rakyat sebagai penyokong ditindas oleh mereka. Mungkin ini masalah remeh bagi sesetengah pihak, tetapi bagi kami pencinta bola sepak, ianya satu kezaliman.

Berbalik pada harga tiket, RM50. Ianya mungkin bebanan bagi orang yang tidak berapa kemanpuan, tidak kah mereka terfikir bagaimana yang datang dari jauh, dan yang datang bersama satu keluarga.

Tiada masalah bagi pencinta bola sepak untuk membeli tiket seberapa mahal sekalipun, tetapi sampai bila kita mahu ditindas oleh mereka yang berhati busuk itu?. Sampai bila kita ingin melihat bola sepak kita di tempat yang sama tanpa apa-apa kemajuan. Contohnya ranking bola sepak kita jatuh lagi. Tetapi harga tiket tetap naik dengan begitu tinggi. Dimana wang-wang tersebut?. Untuk kemajuan bola sepak kah?. Jika untuk kemajuan, dimananya?. Kita tidak perlu 100 tahun untuk melihat kemajuan. ambil saja jepun, negara-negara asia ynga lain. Mereka jauh lebih maju dari kita. Sebab apa?. Sebab persatuan bola sepak mereka berusaha untuk memajukan bola sepak dinegara mereka. Bukannya menindas penyokong sendiri dengan berbagai masalah.

Selagi orang yang sama memegang jawatan dalam FAM selagi itu bola sepak negara kita tidak maju. Kita sebagai rakyat dan penyokong bola sepak, perlu bersuara, kita tunjukkan kuasa penyokong lebih dari wang ringgit!.

Ayuh pencinta bola sepak!. sama-sama kita hapuskan kroni-kroni bangsat ini!. Demi bola sepak kita!.


We are against the greedy owners who only care about profits. We are against players who play for only the money, and not for the badge on their shirt. We are against the governments and police who try and silence Ultras and use intimidation and police brutality against fans. We are AGAINST MODERN FOOTBALL.


Picture credit to : GOOGLE

2 comments:

  1. Ultras Kelate meme terbaik lah...GUd luck all...semoga tahun depe so stadium join ultras...

    ReplyDelete
  2. terima kasih kelatesoccer..insyaallah..dan penyokong kelate yang lain terbaik juga..sama2 kito semarakkan sokongan kito kepada pasukan tersayang TRW tidak kiro menang atau kalah!

    ReplyDelete