23 May 2012

KELANTAN MEWAKILI MALAYSIA KE SUKU AKHIR AFC CUP 2012

Kelantan mara suku akhir Piala AFC
Oleh Mohd Zulfadli Sharifudin
24 Mei 2012
Kelantan mara suku akhir Piala AFC
Penyerang Kelantan, Denny Agyare Antwi diasak pertahanan
Terengganu, Mohd Muslim Ahmad dalam saingan Piala AFC.
KELANTAN 3
Mohd Norfarhan Muhammad (m-3,19)
Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid (m-45+2)
TERENGGANU 2
Ismail Faruqi Asha’ri (m-57)
Francis Forkey Doe (pen m-83)

KELANTAN membenam cabaran Terengganu dengan keputusan 3-2 untuk layak ke suku akhir sekali gus menyingkirkan skuad Penyu dalam saingan pusingan kedua Piala AFC.
Perlawanan Kelantan menentang Terengganu malam tadi terpaksa ditangguhkan selama 30 minit berikutan hujan lebat di Stadium Sultan Muhammad IV.
Pada separuh masa pertama, Kelantan mendahului Terengganu 3-0 hasil jaringan berganda Norfarhan Muhammad pada minit ke-2 dan minit ke-18
Mohd Rizal Fahmi menceriakan penyokong tuan rumah dengan menambah gol untuk Red Warriors pada minit kecederaan sebelum separuh masa pertama.

Separuh masa kedua, pemain tengah skuad Penyu, Ismail Faruqi Ashaari menjaringkan gol pada minit ke-56.
Terengganu kembali bangkit menerusi sepakan penalti penyerang import Liberia, Francis Forkey Doe pada minit ke-81, Kelantan yang beraksi tanpa tiga tonggak Indra Putra Mahyuddin, Norshahrul Idlan Talaha dan S.Chanturu beraksi dalam keadaan padang yang basah memusnahkan hajat anak-anak buah Peter Butler untuk layak.

Hasil kemenangan ini jelas memberi kegembiraan kepada jurulatih, Bojan Hodak dan para penyokong selepas layak ke suku akhir, apatah lagi selepas menjulang Piala FA dengan menewaskan Sime Darby pada Sabtu lalu.


Kesebelasan utama pemain :

KELANTAN :
Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Daudsu Jamaluddin, Obinna Nwaneri, Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid, Mohd Farisham Ismail, Mohd Shakir Shaari, Mohd Badhri Radzi (KP), Mohd Nurul Azwan Roya (S Chanturu), Mohd  Norfarhan Muhammad, Dennis Antwi (S Subramaniam) dan Onyekachi Nwoha (Indra Putra Mahayuddin).
FORMASI : 4-4-2

TERENGGANU : Mohd Sharbinee Allawee Ramli (KP), Mazlizam Mohamad, Mohamad Muslim Ahmad, Mohd Faizal Muhamad (Hasmizan Kamarodin), Hariri Mohd Safii, Ismail Faruqi Asha’ri, Joseph Kalang Tie, Erison Da Silva Santos Carnietto Baiano (Abdul Shukor Jusoh), Reeshafiq Alwi (Mohamad Ashari Samsudin), Abdul Hadi Yahaya dan Francis Forkey Doe.
FORMASI : 4-4-2

Pegawai perlawanan
Pengadil : Yousef TH Y TH Almarzouq (Kuwait)
Penolong Pengadil 1: Fares AlShammari (Kuwait)
Penolong Pengadil 2: Humoud R H S R AlSahli (Kuwait)
Pegawai Keempat : Ali M H M T Shaban (Kuwait)
Kommissioner Perlawanan : Munem Fakhroury (Jordan)
Penilai Pengadil : Richard Lorenc (Australia)


Statistik perlawanan
Percubaan tepat : Kelantan (3) Terengganu (4)
Percubaan tersasar : Kelantan (8) Terengganu (3)
Sepakan penjuru : Kelantan (9) Terengganu (7)
Sepakan percuma : Kelantan (9) Terengganu (22)
Ofsaid : Kelantan (4) Terengganu (4)
Kekasaran : Kelantan (16) Terengganu (5)
Kad kuning : Terengganu (Francis Forkey Doe dan Hariri Mohd Safii)
Kad merah : Kelantan (Obinna Nwaneri)
Masa tambahan : Enam minit
Penguasaan bola : Kelantan (52%) Terengganu (48%)

Credit to: Sinar Harian

No comments:

Post a Comment