21 Sept 2011

Kelantan (4) VS (0) Sarawak (Piala Malaysia 2011)


Tanggal 18hb September 2011 , bersamaan hari Ahad , bertempat di Stadium Sultan Muhammad ke IV , berlaku satu keajaiban yang menyaksikan pasukan kebanggaan kita , Kelantan atau dengan jolokan "The Red Warrior" telah bangkit pada minit-minit terakhir dengan ledakan demi ledakan dan sekali gus menyebabkan pasukan Sarawak yg juga Naib Juara Liga Perdana musim 2011 pulang dengan tangan kosong.Kebangkitan yg ditunjukkan oleh anak buah Dato' M.Karathu amat tepat pada masanya ketika jentera serangan TRW buntu untuk mencari gol sepanjang 80 minit.Tapi , bukan perihal perlawanan yg ingin aku ceritakan , tapi tentang semangat yg ditunjukkan oleh para komrad Ultras Kelantan - The Red Mania sepanjang perlawanan ini.Walaupun melimpahkan sisa sejurus petang mengisi , namun ia tidak sekalipun memberi kegusaran di hati setiapn komrad malah ia lebih memberi semangat untuk terus menyokong dan untuk terus berdiri tegak di belakang pasukan.

Para komrad mula berkumpul tepat jam 6.30 ptg di Medan Usahawan dan mula bergerak masuk ke stadium secara "Corteo".Setelah memasuki stadium , para komrad mula mengambil tempat masing-masing dan sebahagiannya lagi sibuk memasang 'banner' dan bendera serta capo pula sibuk untuk memastikan segala peralatan seperti bendera dan flare dalam keadaan sedia.Tepat jam 8.45 , capo memberi arahan kpd komrad supaya bersedia.Sejurus tiupan wisel dr pengadil yg bertugas maka bermulalah perjuangan para komrad dlm mengharungi setiap cabaran di setiap saat perlawanan.

Walaupun perlawanan boleh dikatakan agak kurang seimbang dengan asakan yang bertali arus namun kurang berkesan dalam menjelmakan jaringan , semangat komrad sedikit pun tdk menurun malah ia memberikan tonik tambahan dlm mengharungi perjuangan ini.Usaha mereka ini tdk menemui jalan sia-sia kerana para pemain akhirnya dapat memecahkan kubu pihak musuh ketika mereka sdh membayangkan 1 mata utk di bawa pulang ke kepulauan Borneo.Syabas dan tahniah diucapkan kepada para komrad di atas semangat yg ditunjukkan.Pada penghujung perlawanan , para komrad meraikan kejayaan ini dgn penuh rasa kesyukuran dan kebanggaan.Tahniah diucapkan kepada skuad kendalian Dato' M.Karathu kerana tdk putus asa dlm mencari kemenangan demi kemenangan.Tahniah juga kepada para komrad yg baru menyertai keluarga besar ini di Gate Of Hell Curva.Kami amat mengalukan kedatangan anda dan semangat yg anda bawa bersama.

~Bersama Selamanya~

1 comment:

  1. Online Casino Site 2021 Review | ChoEgocasino
    ChoEgocasino online casino site is located in Kukla, Malta and is open 24 hours a day. You can play slots, table games, video poker, bingo and  카지노사이트 Rating: 4 · ‎Review by KUKLA · ‎€6.99

    ReplyDelete