21 Sept 2011

Ya Kami Taksub, Sebab Jiwa Kami Cintakan Bola Sepak Kelate!

- Ya kami taksub, sebab jiwa kami cintakan bola sepak Kelate dan juga Malaysia. Taksub kami masih boleh bezakan diantara buruk dan baik, masih boleh fikir yang mana halal haram. 


1. Kewujudan The Red Mania adalah untuk memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan Kelantan (TRW) tidak kira dimasa kalah ataupun menang. Dan membawa pembaharuan dalam cara sorakan memberi semangat kepada pasukan kesayangan, yang paling penting mengajar dan belajar bersama-sama dengan penyokong lain agar lebih profesional tidak kira walau bagaimana keadaan sekalipun.


2. Pengerakan The Red mania 100% duit poket KOMRAD The Red Mania sendiri ( Underground ), maknanya kami hanya menggunakan duit poket sendiri. Seperti membeli tiket masuk stadium, banner, drum dan juga pergi away atau home game dan sebagainya. Dan jika mana-mana pihak yang memberi secara sukarela tanpa pihak kami meminta, itu satu bonus bagi kami. Ini semua demi Kelate tercinta.


3. Untuk pengetahuan semua kami akan sentiasa ber chanting selama 90minit untuk memberi sokongan kepada pasukan kesayangan. Sebab ada yang bertanya, kenapa semasa pihak lawan membawa bola Ultras tetap ber chanting. Untuk pengetahuan semua, mungkin orang yang sudah biasa dengan kami sudah faham. Bukan semasa kita menyerang saja player kita mahukan semangat, semasa pihak lawan menyerang pun pertahanan kita perlukan semangat. Jadi disini kami ber chanting tidak kira pihak lawan atau pasukan kita sendiri membawa bola.


4. Berkenaan dengan banner "Hidup Matiku Kelate". Slogan tersebut tidak ada kaitan dengan apa-apa kecuali satu slogan kecintaan kami terhadap Negeri Kelantan tercinta dan bola sepak Kelantan. Kami disini masih waras dan masih boleh berfikir diantara buruk dan baik. Dan kami masih tidak lupa dari-Nya kami datang dan kepada-Nya kami pergi. Yang buruk datangnya dari kami dan yang baik datang dari-Nya.


5. Berkenaan dengan Flag Che Guevara. Flag tersebut hanyalah erti sebuah perjuangan yang kami juangkan dan juga Che Guevara sinonim dengan pengerakan Ultras diseluruh dunia, contohnya di Itali, Jepun, Turki dan lain-lain. Dan disini kami juga mengibar flag Pahlawan kita iaitu Tok Janggut yang kita tahu semangat juang beliau tidak dapat kita sangkakan lagi.


6. Anda bila lagi?. Jom menjadi sebahagian KOMRAD The Red Mania. Kita sama-sama memberi sokongan dengan lebih berkesan terhadap pasukan tercinta kita. Sama-sama kita berjuangan dengan pasukan kita selama 90minit.


7. Anda tidak ingin melihat satu stadium SSM4 penyokong berdiri sambil ber chanting memberi semangat kepada pasukan kesayangan, pihak lawan pun pasti lebih gerun melihat kita macam itu.


8. Di negara-negara bola sepaknya maju semuanya mempuyai Ultras, seperti kelab Inter Milan, Barcalona, Real Madrid, dan di jepun seperti Urawa Red, manakala negara jiran kita Indonesia sudah lama revolusi Ultras didalam bola sepak sudah bertapak. Anda bola search video di Youtube.com untuk melihat Ultras di luar sana.


9. Yang ingin menjadi sebahagian daripada kami, datang saja ke port The Red Mania iaitu di Gate H SSM4. Tidak perlu daftar apa-apa, hanya bawa jiwa cintakan bola sepak tanah air kita dan negeri tercinta.


10. Dan juga terima kasih kepada yang sentiasa menyokong kewujudan The Red Mania didalam bola sepak kelate tidak kira secara langsung ataupun tidak selama ini. Dan juga kritikan-kritikan sesetengah pihak tidak pernah mematah semangat jiwa kami untuk terus berjuang. Ini semua demi kelate tercinta.


11. Jika ada salah atau silap kami mohon di maafkan. Yang buruk datangnya dari kami dan yang baik datang dari-Nya.


12. Permain ke dua belas, ini janji kami The Red Mania dan juga semua penyokong Kelate, kami akan sentiasa berada dibelakang pasukan THE RED WARRIORS tidak kira kalah atau menang. Selamanya THE RED WARRIORS!


"Bukan untuk kebanggaan tetapi untuk kecintaan terhadap Kelate".

No comments:

Post a Comment