4 Oct 2011

Brotherhood Ultras!

German Ultras

“Sebagai seorang peminat bola sepak, bola sepak ialah kehidupan anda. Ia sangat berlainan daripada perhubungan anda dengan seorang teman wanita; kerana, aspek lain kehidupan anda akan bertemu dengan bermacam permasalahan bagi seorang penyokong tegar. Kami(ultras) mahu menjadi tempat berlindung untuk para pemuda dan sesiapa sahaja yang merasakan bahawa idea pergerakan Ultras adalah sesuatu yang baik. Semua yang datang menyertai kita mahukan keseronokan. Mereka dapat melihat kita berseronok dan bergembira sesama kita.”
“Orang ramai harus faham bahawa apa sekali pun tanggapan orang terhadap Ultras, hanya sifat setiakawan dan juga rasa sayang yang penting bagi sebuah kumpulan yang baik. Dua faktor ini adalah sangat penting bagi sesebuah kumpulan Ultra untuk berfungsi dengan baik. Sifat setiakawan sesama komrad, cintakan pergerakan Ultra serta perlakuannya, sukakan perasaan rasa ‘hidup’, dan tentu sekali, perasaan cinta terhadap kelab atau pasukan anda. Perasaan ‘hidup’ serta gaya hidup ultras adalah sesuatu yang tidak dapat dirungkai dengan kata-kata, sebaliknya, ia harus dialami untuk difahami. Apabila orang-orang dewasa saling berpelukan, menangis, ketawa dan saling memahami antara satu sama lain tanpa perlukan banyak kata-kata, pasti ada sesuatu disitu yang jauh melangkaui perasaan cintakan pasukan semata-mata. Ada yang berkata bahawa semua ini adalah tidak perlu dan terlalu sentimental, tetapi bagi kami, peradaban kita diantara satu sama lain adalah penting kerana kelakuan kita itu akan mempengaruhi rakan-rakan kita yang lain di dalam kumpulan itu. Sesuatu kumpulan itu sepatutnya membuatkan seorang ahlinya merasa selamat, dihargai, dan sepatutnya kumpulan itu bertindak sebagai keluarga angkat kepada mereka. Ia adalah sangat mustahak bagi perhubungan-perhubungan ini dihargai dan dihormati kerana hanya sifat hormat-menghormati sesama ahli kumpulan kumpulan sajalah yang akan membawa kepada penyatuan dan kesatuan sesebuah pergerakan Ultra” – German Ultra 2003.
- dipetik dari Persidangan Antarabangsa mengenai Ultras pada 2010. Research dibuat oleh Prof. Dr. Gunter A. PilzFranciska Wölki-Schumacher, M.A.Leibniz University Hanover Institute of Sports Science.ditranslate oleh Fariz Irfan.

Credit to : Ultrasmalaya.net

No comments:

Post a Comment