2 Oct 2011

Tiga Permain Import Kuatkan Jentera TRW - Ayuh Bersama Kami Di Gate H

Perlawanan persahabatan antarabangsa, diantara Kelantan FA vs Songkhla FC pada 7 / 10 / 2011 ini. The Red warriors akan dikuatkan lagi tiga permain import dari Crothia iaitu Josic Bonacin dan dua permain import lagi dari negara Ghana iaitu Emmanuel Ayaah dan Dennis Antwi. Semoga dengan kehadiran tiga permain import ini akan meperkuatkan lagi jentera The Red Warriors untuk menghadapi Songkhla FC nanti di Stadium keramat kita. Josic Bonacin pernah beraksi bersama The Red Warriors dalam perlawanan persahabatan Kelantan FA vs Pelita Jaya ( Indonesia ), Julai lalu. Manakala dua permain import dari Ghana pula dalam percubaan pertama bersama Kelantan.


Emmanuel ayaah & Dennis Antwi


Dan untuk semua penyokong setia The Red Warriors. Ayuh sama-sama kita memberi sokongan tanpa belah bahagi kepada pasukan kesayangan kita. Penuhi ruang stadium keramat kita dengan lautan merah dan mari menjadi sebahagian daripada KOMRAD The Red Mania, kita satukan suara, satukan jiwa. Demi Kelate!.


p/s : 7 / 11 / 2011 ini join kami di Gate H, bawa jiwa anda untuk bola sepak kita. Datang terus ke Gate H, kasi gegar itu Songkhla!


Picture credit to : Userun Photography

No comments:

Post a Comment